assalamualaikum dan salam sejahtera ..
hari ni miss ada satu cerita untuk dikongsikan .. beberapa hari yang lepas miss ada tulis borang permohonan untuk ahli jawatankuasa kediaman di asrama miss .. miss dan kawan-kawan saja-saja je la tulis .. merepek2 la kami kat borang tu .. tapi miss dan kawan2 tak hantar pun .. and guess what ??
kawan miss hantar kan borang miss dan miss TERPILIH !!!!
miss terkejut bukan sebab miss gembira .. tapi miss sedar yang miss sedang memikul satu amanah yang sangat besar dan berat . miss rasa bahu miss dah mula senget sebelah .. dan miss mula sedar yang miss harus bersedia untuk di 'bash' oleh siswa dan siswi yang lain sama ada junior , senior atau pun kawan sendiri .. dan miss juga sedar yang kini miss perlu bijak mmbahagikan masa supaya apa yang miss kejar dapat .. apa yang miss kendong diraih dengan penuh kecemerlangan .. miss takut nak memikul tanggungjawab ni . abang ngah miss cakap jangan kejar pangkat .. tapi miss tak pernah pun terfikir nak kejar pangkat dan miss tak pernah teringin pun nak kan jawatan ni .. apa yang miss harapkan supaya semuanya berjalan dengan lancar ..
apa yang anda rasa bila anda dipilih menjadi salah seorang daripada jawatan yang tinggi di institusi anda ?? anda gembira ?? kerana apa ?? JAWATAN ATAU AMANAH ?? mungkin ada sebab nya .. ianya tersembunyi disebalik kesulitan .. yang penting harus sabar dan yakin dengan diri sendiri ..
lepas ni miss kena buat sedikit transformasi dalam diri miss secara berperingkat .. untuk apa ??
ye la .. semua mata melihat ke arah kita dan seluruh jari menuding ke arah kita waima sekecil-kecil kesalahan yang orang lain lakukan .. miss tak cakap buruk tentang orang lain cuma .. kami dah jadi role model mereka dan miss rasa mungkin ini adalah hikmah dan mungkin petunjuk supaya miss berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik .. insyaallah ..
tapi apa yang penting miss takkan curi tulang dalam jalankan tugas .. mesti amanah .. bertanggungjawab dan yang lebih penting mestilah ikhlas :)
doakan miss ye anda semua .. insyaallah .. -miss A-
No comments:
Post a Comment