malam ni miss nak cerita tentang rindu .. RINDU ??
yup .. its all about RINDU ..
siapa yang tidak pernah merindukan seseorang ??
dan siapa yang tidak mahu dirindui oleh orang lain ??
kita manusia .. rindu .. merindui dan dirindui adalah perkara biasa ..
tak salah kalau kita nak merindui seseorang namun perasaan itu biarlah berpada-pada .. buat student macam miss ni .. rasa rindu itu biarlah kita terhadkan pada mereka yang layak kita rindui .. contohnya :
- RINDU BERBUAT KEBAIKAN .
- RINDUKAN MAK AYAH DIKAMPUNG
- RINDUKAN NENEK DAN ATUK
- RINDUKAN ABANG , KAKAK DAN ADIK DIRUMAH
- RINDUKAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN
- RINDUKAN CITA-CITA IDAMAN
- RINDUKAN KEJAYAAN DIRI SENDIRI
haaaaa .. banyak lagi yang kita perlu lakukan sebagai student ni .. betul tak apa yang miss cakap kan ni ?? ni ada satu cerita dan ianya berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari .
miss ada seorang rakan yang menyukai mamat ni yang kebetulan rakan sekerja dia masa dia kerja sambilan dua tahun yang lepas .. setiap masa dia akan STALKER orang tu .. hari-hari dia stalker dan like update moment wechat mamat tu .. sehingga pelajaran entah kemana .. solat entah kemana .. tidur lewat .. bila ada saja moment si dia yang menyedihkan .. kawan miss ni pun beriya lah menitiskan air mata dia tu .. miss pun tak faham juga apa masalah dia ni sebenarnya .. mak ayah hantar belajar jauh-jauh untuk jadi contoh pada adik-adik .. tapi dia seolah-olah lupa mak ayah yang bergantung harap padanya .. hanya kerana RINDU .. miss ulang sekali lagi .. hanya kerana RINDU !!!!
rindu pada lelaki yang tidak pernah tahu wujudnya minah ni .. apa yang diharapkan pada lelaki itu ?? balasan rindu dia selama ni ?? entahlah .. miss pun tak tahu .. apa yang miss tahu miss selalu doakan dia dapat keluar dari masalah tu ..
miss ??
rindu ???
tiada apa yang miss rindu kan saat miss menulis di sini ..
apa yang miss tahu .. miss sentiasa rindukan perubahan diri miss dari yang baik kepada yang lebih baik .. miss bukan insan yang sempurna .. memadai lah jika miss dapat jadi insan yang solehah .. insyaallah .. amin .. miss pun doakan kita semua dapat jadi insan yang soleh dan solehah .. insyaallah .. amin ..
semoga entry malam ni dapat memberikan kita semua manfaat dan tauladan ..
biarlah rindu itu diberikan kepada mereka yang layak kita rindui .. - miss A -