Saturday, 21 March 2015

PENANDA BUKU KAIN FELT






    ahha .. malam ni miss habiskan masa dengan buat penanda buku ni je .. penat buat .. bayangkan kami terpaksa kembali ke zaman kanak-kanak semata-mata nak buat tiga ratus batang penanda buku untuk majlis kampus kami .. and we did it well .. dua hari je kita dah dapat buat .. pertama kali miss buat benda ni .. sampai leper otak miss kena perah otak miss nak cari idea buat benda ni .. almaklumlah .. miss ni bukan la kategori artisan .. kreatif dan inovatif .. nasib baik ada kawan-kawan yang sudi membantu .. sebenarnya miss pun tolong kawan miss juga .. memandangkan kami ketua ajk bagi majlis itu . . jadi apa salahnya saling membantu kan ???


miss suka buat benda ni sebab hasilnya akan jadi cantik dan miss suka bila penanda buku miss ada corak-corak yang comel .. cuba kalau korang tangah baca buku .. lepas tu mak panggil minta tolong basuh pinggan .. korang letakkan penanda buku ni pada buku korang .. mesti hilang penat korang tu bila korang tengok penanda buku korang yang comel lotte ni kan ?? terus bersemangat nak habiskan buku tu kan .. miss sarankan korang letakkan penanda ni pada buku sejarah ke .. bahasa melayu ke .. pengajian malaysia ke .. pengajian am ke .. kompom tak sampai seminggu korang dah boleh khatam buku korang tu ..

silap hari bulan korang boleh jawab exam sebjik dengan apa yang ada dalam buku .. kan ?? haha . . tapi kalau korang nak buat penanda buku kain felt ni .. harga dia agak mahallah sebab ape nak tau tak ?? sebab kain ni cantik dan lembut .. tapi lecehlah nak buat .. ikut tips miss A .. korang beli je dekat kedai  .. cantik pun cantik .. jimat masa pun ada .. kalau korang nak buat suka-suka boleh lah .. kalau nak bagi ramai orang miss rasa tak berpatutan kot ..

sebab apa ??
kain felt ni semeter berharga RM15 .. haaaaa .. korang rasa mahal tak ??? pada miss yang berstatus pelajar ni mahallah tapi kalau korang rasa ada yang lagi murah korang boleh lah beli ..

ok lah .. sebelum miss melalut lagi banyak dalam ni .. baik miss stop entry ni dulu .. miss pun dah ngantuk .. jadi sebelum tu .. miss tunjuk antara penanda buku yang kawan-kawan miss buat dan miss rasa cantik .. mana tau boleh jadi ilham kalau korang nak buat kan ???




selamat mencuba korang .. :)

Thursday, 19 March 2015

BANANA SPLIT



assalamualaikum dan hai ..
lame dah miss tak update blog miss ni .. entry miss kali ni miss nak cakap pasal BANANA SPLIT ..  miss sebenarnya baru tahu dalam kelas tadi bila kawan2 miss dok bercerita pasal mende ni ..

apa yang sedap nyerrrr ..





ni lah hasil daripada google tadi .. sebenarnya mende ni agak trend jugaklah sekarang ni cuma miss yang agak kuno pasal makanan ni  . . oleh sebab isnin ni kelas miss ada buka gerai dan kami sepakat nak jual banana split ni .. jadi miss pun google la kot2 la ada lah tips nak bagi mende ni sedap dimakan dan laku dijual .. muehehe ..

 oleh sebab miss pon dah craving dengan pencuci mulut ni .. so alang2 dah google . . miss pun macam biasa lah .. search resepi .. mane tau boleh buat untuk family miss kat rumah ke .. ok la .. jom kita jengah resepi yang miss google ni ..

LETS CHECK IT OUT !!


         BAHAN2 :

  • 1 biji pisang berangan -belah dua
  • 1 scoop aiskrim perisa vanila
  • 1 scoop aiskrim perisa coklat
  • 1 scoop aiskrim perisa strawberi
  • badam -panggang sekejap (mb guna kacang tanah)
  • ceri merah/ hijau
  • Coklat cair
       CARA2 :

  1. Susun aiskerim dalam bowl seperti `kapal`.. (kalau nak perisa yang sama pon boleh je, terpulang pada selera tekak masing2 ye)
  2. Kemdian susun pisang di kiri kanan aiskrim..
  3. Paipkan coklat cair
  4. Tabur badam sebanyak yang mahu. hahaha.. lagi banyak lagi sedap tau. 
  5. Letak ceri merah 
* Boleh letak waffle apa2 hiasan yang korang suka juga kalau nak*



nampak sedap kan ??   nyumnyummmm ...
 haha .. nampak sedap kan ?? miss pun tak sabar nak cuba isnin ni .. looks delicious .. harga pun berpatutan ..

miss dah ready nak jual di gerai kami dengan harga yang berpatutan .. insyaallah .. jemput datang yeeee .. hehe ..
sedapnyerrrrrrrrrrrr ..
                                                                                                                                         -miss A -